30 Jan 2013

Kelantan bakal melayan kunjungan pasukan yg pernah membelasah Kelantan dalam saingan Piala Garbenor Aceh . Adakah Kelantan akan memenangi perlawanan ini?

28 Jan 2013

27 Jan 2013

Doakan kejayaan Tumpat FA dalam perlawanan pertama di dalam Liga FAM . Tumpat FA bakal melayan kunjungan pasukan PBAPP FC dari Pulau Pinang ke std keramat Kelantan iaitu Stadium Sultan Muhammad Ke IV (SSMIV) 17 Februari 2013 ini . Tumpat! Lawe Bia RABOK!!

26 Jan 2013

Kebangkitan Pulau Pinang FA

Pulau Pinang FA melakarkan kejutan apabila pasukan dari Liga FAM itu berjaya mengalahkan pasukan PDRM FA dengan jaringan 2 - 1. Kemenangan itu juga telah meleburkan rekod tanpa kalah PDRM FA di tempat sendiri.

Kelantan vs PKNS

Pasukan Kelantan FA bakal melayan kunjungan pasukan PKNS di Std Sultan Muhammad Ke IV selepas pasukan PKNS berjaya memenangi perlawanan menentang Lions XII.

25 Jan 2013

Alhamdulillah. Pasukan Tumpat FA bakal beraksi buat kali pertamanya dalam saingan Liga FAM. Tumpat FA juga dikenali sebagai 'adik' kepada juara treble 2012 Kelantan FA. Perlawanan pertama membabitkan Tumpat FA dalam saingan Liga FAM akan bertemu dengan pasukan PBAPP FC di stadium keramat iaitu Stadium Sultan Muhammad ke IV (SSMIV).