25 Jan 2013

Alhamdulillah. Pasukan Tumpat FA bakal beraksi buat kali pertamanya dalam saingan Liga FAM. Tumpat FA juga dikenali sebagai 'adik' kepada juara treble 2012 Kelantan FA. Perlawanan pertama membabitkan Tumpat FA dalam saingan Liga FAM akan bertemu dengan pasukan PBAPP FC di stadium keramat iaitu Stadium Sultan Muhammad ke IV (SSMIV).